PERATURAN PENGGUNAAN DAN
PENJAGAAN BUKU TEKS SPBT
Adalah dengan hormatnya
dimaklumkan bahawa pelajar mestilah mematuhi syarat-syarat peraturan pinjaman
yang telah ditetapkan oleh unit SPBT sekolah sebagaimana berikut :
1) Mengisi borang pinjaman buku teks
sebagai bukti kelayakan dan
direkod untuk pengiraan stok.
2) Menjaga dan
menyayangi buku SPBT
3) Memastikan
buku
SPBT sentiasa berada di dalam keadaan
baik dan
selamat.
4) Membalut buku teks dengan
menggunakan plastik lut sinar.
Penggunaan stapler, double-sided, binding tape adalah dilarang
sama
sekali.
5) Membawa buku ke sekolah mengikut jadual.
6) Menulis nama dan
tahun dalam ruangan yang disediakan pada cap
SPBT di setiap buku.
7) Tidak menghilangkan
buku teks yang diberi oleh pihak sekolah
8) Tidak mengoyakkan
helaian buku teks, tidak menulis atau menconteng
buku teks kecuali buku aktiviti.
9) Tidak memberi pinjam kepada pelajar lain.
10) Memulangkan buku
teks yang dipinjam pada tarikh yang ditetapkan.
11) Mengganti dengan segera buku-buku yang
hilang
atau rosak dengan
harga buku Teks sebelum tibanya hari pemulangan buku teks. Buku
yang hendak dipulangkan mestilah dalam kondisi yang baik dan
berikat. Gantian buku hilang / rosak hendaklah dibuat segera.
12) Tidak meletakkan
buku teks di merata-rata tempat serta di bawah
meja di bilik darjah sewaktu lepas sekolah atau cuti
persekolahan.
Wajib membawa balik buku teks SPBT setiap hari dan tidak
meninggalkan buku teks SPBT di dalam kelas.
No comments:
Post a Comment